Ticker

6/recent/ticker-posts

Linut @ Ambuyat - Makanan Tradisi Borneo dari Tepung Sagu

Linut @ Ambuyat - Makanan Tradisi Borneo dari Tepung Sagu | Apa itu linut? Orang Malaysia lebih kenal dengan nama ambuyat berbanding linut. Sebenarnya linut dan ambuyat adalah benda yang sama, tetapi asal namanya dari negeri berbeza. Di Sarawak, menu ini dipanggil linut, manakala di Sabah dan Brunei, ia lebih dikenali sebagai ambuyat.

Linut diperbuat daripada tepung sagu. Versi linut yang belum masak pula disebut lemantak. Dijual dalam pek-pek kecil di kedai-kedai runcit dan supermarket. Dalam zaman e-commerce sekarang, lemantak juga boleh didapati di platform beli-belah atas talian seperti Shopee dan Lazada. Hanya perlu taip lemantak untuk survey harganya.

Linut @ Ambuyat - Makanan Tradisi Borneo dari Tepung Sagu

Cara Membuat Linut @ Ambuyat

Untuk memasak linut, air panas mendidih adalah syarat paling penting. Air yang mendidih dituang ke dalam bancuhan lemantak yang dah digaul dengan sedikit air pada suhu bilik cukup sekadar untuk hilangkan ketulan-ketulan tepung sagunya. Sambil air dituang, bancuhan lemantak perlu digaul sehingga mencapai konsistensi yang diinginkan. Biasanya sehingga lemantak menjadi linut yang rupanya seperti gam pekat.


Rasa Linut @ Ambuyat

Linut kalau dimakan kosong, ia tidak memberi rasa apa-apa. Rasa kosong dan tawar, cuma perasaan memakan sesuatu yang lembik dan kenyal. Sebab itu, di sesetengah daerah di Sarawak, linut dimakan bersama air asam. Air asamnya pula berbeza dengan air asam utara. Guna bawang merah, bawang putih, cili besar, cili padi, ikan bilis dan sedikit belacan, ditumbuk lumat semua sekali sebelum diperah air limau kasturi, ditambah sedikit air masak, gula dan garam secukup rasa.

Linut yang sudah siap digulung dengan penyepit makanan khas, kemudian dicicah ke dalam air asam tersebut sebelum dimakan. Untuk memakannya, tak perlu dikunyah, hanya perlu terus telan sahaja. Melainkan jika makan bersama hidangan lain, baru lah kunyah bersama. Contohnya, jika dilengkapi dengan menu sampingan ikan goreng dan sayur lemak. Sayur pucuk ubi masak lemak adalah padanan yang paling sesuai dimakan bersama linut.

Disebabkan linut ini bahan dasarnya adalah air, bersedia lah untuk banyak kali ke tandas selepas memakannya dalam kuantiti yang banyak.

Post a Comment

2 Comments

  1. sedap ohhh... nak makan Linut niii.. teringinnya

    ReplyDelete
  2. nampakny blog ini formal dan tahniah ada blog yang kedua

    ReplyDelete