Asal-usul Bendera Negeri Sarawak | Siapa sangka, bendera negeri Sarawak yang asal memang jauh berbeza dengan bendera negeri ini sekarang. Mengikut sejarah, negeri Sarawak pada asalnya menggunakan Salib St George sebagai bendera, dibawah pemerintahan Raja Putih Sarawak pertama, James Brooke, bagi tempoh 24 September 1841 hingga 21 September 1848.

Asal-usul Bendera Negeri Sarawak
Salib St George - 24 September 1841 hingga 21 September 1848 

Pada tahun 1845, Sarawak diputuskan untuk mempunyai benderanya sendiri, tetapi ditunda sehingga 21 September 1848. Bendera Sarawak pertama dilakar dalam bentuk salib, setengah biru dan setengah merah, atasnya kuning, yang kemudiannya lakaran bendera tersebut telah dipilih menjadi jata negara kerajaan Brooke bagi tempoh 21 September 1848 hingga 7 Mei 1870.

Asal-usul Bendera Negeri Sarawak
Bendera Sarawak - 21 September 1848 hingga 7 Mei 1870

Pada 7 Mei 1870, warna setengah biru pada bendera salib Sarawak telah ditukar kepada hitam oleh Raja Putih kedua, Charles Brooke, dan dirasmikan kegunaannya pada 26 September 1870, tarikh lahir bagi Rajah Muda Sarawak Charles Vyner Brooke. Bendera tersebut digunakan sehingga tanggal 30 Jun 1946.

Asal-usul Bendera Negeri Sarawak
Bendera Sarawak - 26 September 1870 hingga 30 Jun 1946 & 16 September 1963 hingga 31 Ogos 1973

Ia kemudian telah ditukar kepada jata negara dalam bentuk Blue Ensign apabila Sarawak diserahkan dibawah naungan Mahkota British pada 1 Julai 1946. Versi warna bendera pada 1870 telah digunakan kembali, berkibar bersebelahan dengan Bendera Persekutuan. Ketika pembentukan Persekutuan Malaysia dan Sarawak dijadikan sebagai negeri yang bebas merdeka, bendera Salib kekal digunakan dan tidak diubah sehingga 31 Ogos 1973.

Asal-usul Bendera Negeri Sarawak
Blue Ensign - 1 Julai 1946 hingga 16 September 1963

Trisakti telah diambil pada ulang tahun ke-10 negeri Sarawak yang merdeka didalam Persekutuan Malaysia pada 1973, ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'kub dimana beliau juga adalah pereka bendera tersebut. Berikutan seni reka baru bendera, lagu, moto dan jata negeri Sarawak yang baru juga turut digubal iaitu, Sarawak Bahagia dan Hidup Selalu Berkhidmat ("Live to serve"). Bendera negeri Sarawak yang digunakan adalah seakan-akan reka bentuk bendera Republik Czech. Macam Bendera Melaka pun ada.

Asal-usul Bendera Negeri Sarawak
Trisakti - 31 Ogos 1973 hingga 31 Ogos 1988

Pada 31 Ogos 1988, bendera ditukar lagi dengan versi bendera semasa dengan lagu dan moto begeri yang baru, Ibu Pertiwiku dan Bersatu, Berusaha, Berbakti ("United, Striving, Serving"). Seni reka baru  ini telah digunakan pada ulang tahun ke-25 Sarawak bergabung dengan Persekutuan Malaysia hingga sekarang.

Asal-usul Bendera Negeri Sarawak
1988 hingga kini

Melihat kepada bendera Sarawak sekarang, warnanya sama seperti bendera Sarawak kedua yang digunakan pada tahun 1870 dan setelah Sarawak masuk ke dalam Malaysia. Jalur merah dan hitam juga diletakkan selari antara satu sama lain, sama seperti bendera kedua dahulu.

Maksud di sebalik Bendera Sarawak

https://www.vocabsarawak.com/2020/10/sarawak-bumi-kenyalang.html

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

Namun, negeri Sarawak kini telah dipecahkan kepada 12 bahagian.

Sumber: Wikipedia